January 09, 2010
Posted by: Alif : Category:
Heart
PENYAKIT JANTUNG REUMATIK
Demam reumatik bukanlah penyakit jantung. Kira-kira 60% daripada semua kes demam reumatik, boleh meninggalkan kesan ke atas jantung. Penyakit reumatik boleh diwarisi dan akan meninggalkan kesan ke atas kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 15 tahun. Demam ini ditimbulkan oleh jantung kerongkong yang disebabkan oleh bakteria ’streptokokus’.
Kebanyakkan penyakit kerongkong pada hari ini disebabkan virus, dan bukan semua jangkitan streptokokus membawa kepada demam reumatik. Sekiranya anak anda mendapat demam panas 2 hingga 3 minggu selepas diserang penyakit kerongkong, bawa anak anda berjumpa doktor.
Selain demam, sakit sendi dan dalam sesetengah kes sakit kerongkong, demam reumatik boleh menyebabkan inflamasi ke atas beberapa bahagian jantung.
Gambarajah di bawah menunjukkan kerosakkan oleh demam ruematik. Demam Ruematik boleh menyebabkan inflamasi lapisan sel-sel yang melapisi bahagian jantung ( endokarditis) dan otot jantung itu sendiri (miokarditis).

Sumber: Memerangi Penyakit Jantung ( Author:- Dr Chandra Patel )
January 07, 2010
Posted by: Alif : Category:
Heart
GANGGUAN PADA JANTUNG
Ini disebabkan oleh kecacatan bentuk jantung yang berlaku sejak lahir. Kebanyakan kecacatan ini terlalu sedikit dan sukar dikesan melainkan jika dibuat pemeriksaan. Selain itu, pengubatan urutan saluran darah utama iaitu aorta, arteri paru-paru atau kehadiran hanya satu ventrikel adalah lebih jelas. Pada kebanyakkan kecacatan, darah ternyah-oksigen mengalir melalui paru-paru hingga keseluruhan badan. Ini menyebabkan timbulnya ciri-ciri yang disebut bayi ‘biru’.
PENYAKIT JANTUNG KONGENITIAL

Rajah 1: Menunjukkan kecacatan kongenital yang lazim terjadi. Kecacatan yang berlaku ialah apabila sistem peredaran darah fetus tidak membuat perubahan yang sepatutnya bagi bayi untuk terus bernafas selepas dilahirkan. Sebelum lahir, fetus mendapat oksigen daripada ibunya melalui plasenta. Untuk berbuat demikian, jantung fetus mempunyai 2 cabang, satu darinya ialah duktus arteriosus, mengalirkan darah ternyahoksigen dari jantung ke plasenta untuk dioksigenkan dalam paru-paru ibu. Biasanya selepas bayi lahir, saluran ini akan tertutup tapi dalam kes ini ia tidak berlaku.
Punca selalunya tidak jelas tetapi dalam kes-kes tertentu terutamanya semasa mengandung seperti rubela, pengambilan sesetengah jenis dadah ataupun kekurangan vitamin dikatakan mempunyai kesan ke atas penyakit ini. Sesetengah penyakit jantung merupakan penyakit keturunan dalam sesebuah keluarga.
Bayi yang mengalami ’sindrom down’ berkemungkinan mempunyai jantung yang cacat.

Rajah 2: Menunjukkan kecacatan kongenital iaitu kecacatan septum ventrikel atau jantung berlubang. Ia adalah lubang yang pada dinding jantung atau septum, yang terletak antara 2 ruang bawah jantung. Kira-kira 25% daripada kes-kes jantung berlubang boleh dirawat tetapi sekiranya lubang tersebut besar, maka pembedahan perlu dilakukan
Bayi yang mempunyai penyakit ini tidak menunjukkan ciri-ciri kebiruan pada kulitnya boleh dikenalpasti melalui kesukarannya untuk bernafas semasa menyusu. Ini berlaku kerana bayi itu sukar menghisap. Apabila dewasa mereka akan mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja berat. Kecacatan jantung boleh dipulihkan melalui pembedahan.
January 05, 2010
Posted by: Alif : Category:
Heart
APAKAH JANTUNG
Jantung merupakan kantung berotot yang terdiri daripada dua buah pam yang terletak sebelah menyebelah. Pam ini mengepam darah ke keseluruhan bahagian badan. Denyutan jantungnya yang tetap, mengekalkan aliran darah dalam badan sepanjang masa, tanpa henti sejak seseorang itu dilahirkan hingga mati.

Gambaran Jantung
Jumlah kerja yang dilakukan oleh jantung adalah bersamaan dengan kerja yang dilakukan oleh seseorang individu yang mengangkat beban 6 kg (14lb) setinggi 1.5m (5 kaki) pada setiap minit. Setelah melakukan kerja sedemikian beberapa kali, seseorang individu akan menjadi letih, tetapi jantung tidak begitu. Ini amat baik kerana badan tidak boleh berfungsi tanpa bekalan darah yang tetap. oleh itu peredaran darah atau sistem kardiovaskular merupakan satu yang penting dalam kehidupan yang berterusan.
STRUKTUR JANTUNG
Jantung merupakan kantung berotot yang terdiri daripada dua buah pam yang terletak sebelah menyebelah. Pam ini mengepam darah ke keseluruhan bahagian badan. Denyutan jantungnya yang tetap, mengekalkan aliran darah dalam badan sepanjang masa, tanpa henti sejak seseorang itu dilahirkan hingga mati.