INFO KESIHATAN

Posted by: Alif  :  Category: Heart

TEKANAN DARAH TINGGI

Sekiranya tekanan darah dalam peredaran menjadi lebih tinggi daripada normal, keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah tinggi atau hipertensi. Ini meletakkan keseluruhan sistem peredaran darah termasuklah jantung dan saluran darah. Sekiranya tekanan darah tinggi ini berterusan untuk beberapa tahun, ia boleh membawa kepada kompilasi. Penderitaan tekanan darah tinggi digredkan berdasarkan tahap diastolik antara 95-105 mmhg ini dikenali sebagai hipertensi sederhana, antara 105-120 mmhg sebagai hipertensi yang sederhana teruk dan atas daripada tahap tersebut sebagai teruk.

Rajah menunjukkan cara-cara mengambil tekanan darah bagi mengetahui tahap tekanan anda.

Sungguhpun hipertensi sederhana, iaitu lebih tinggi daripada yang sepatutnya, mungkin tidak memerlukan sebarang pengubatan dadah, sekurang-kurangnya bagi individu yang berumur kurang daripada 65 tahun asalkan mereka tidak mempunyai apa-apa gejala ketara hipertensi.

Pada tahap awal, kenaikan tekanan darah tidak menunjukkan apa-apa kesan dan ramai orang berpendapat bahawa sakit kepala, terutama pada awal pagi, pening-pening, hidung berdarah, pipi bewarna merah, degupan jantung dan bunyi berdengung dalam telinga adalah perkara biasa. Satu cara untuk memastikannya adalah dengan cara memeriksa tekanan darah anda. Setiap individu perlu memeriksa tekanan darahnya setiap 5 tahun.

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan ketegangan yang besar pada jantung dan salur darah. Hasilnya salur darah menjadi tebal dan lebih keras. Ini juga mempercepatkan proses aterosklerosis yang meyebabkan meningkatnya tekanan. Hipertensi boleh memberi kesan kepada kebanyakkan mana-mana organ dalam badan, yang paling penting ialah otak, jantung, buah pinggang dan mata serta salur darah periferal (dalam anggota).

Rajah Menunjukkan Alat Yang Digunakan Untuk Mengambil Tekanan Darah

Sumber: Memerangi Penyakit Jantung ( Author:- Dr Chandra Patel ) & www.umm.edu

Leave a Reply